zwani.com myspace graphic comments

08/11/2011

Pengenalan
  
  Salam sejahtera, kami akan mengkongsi pengalaman kami di Pulau Ubin. Kami telah melaksanakan program titian pada haribulan 8 November 2011. Pulau Ubin ialah sebuah pulau yang terletak di Timur Laut dari Singapura.
Kampung Riang Ria

  Sebelum menjejakkan kaki kami di Pulau Ubin,kami perlu menaiki bot(bumboat) di Changi Jetty. Permandangan saat kami menaiki bot sangat menyenangkan kerana ia merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat ditemui di Singapura.


  Apabila kami tiba di Kampung Riang Ria,semua orang mencari tempat duduk dan bercakap antara satu sama lain mengenai pulau tersebut dengan meriah. Encik Kamal bertaklimat mengenai apa yang akan kami lakukan di Pulau Ubin. Kami diterangkan bahawa kami akan melaksanakan tiga aktiviti dan semua aktiviti itu berkaitan dengan budaya Melayu. Selepas itu,kami dibahagikan ke kumpulan kami kerana jumlah kami terlalu banyak sehingga kami terpaksa melakukan tiga aktiviti itu secara bergilirian.

Aktiviti-Aktiviti
      Aktiviti pertama untuk kumpulan kami ialah untuk mempelajari permainan-permainan Melayu seperti congkak,gasing, dan  tarik guni.

 
Congkak :)
   Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Cara dan peraturan bermain dapat ditemui di sini




Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada pakunya. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan untuk meraikan musim menuai. Sebenarnya memainkan gasing tidaklah gampang,namun seorang anak ini membuktikan dengan video ini bahawa memainkan gasing ialah hal yang senang sahaja. Untuk informasi mengenai cara bermain gasing dapat ditemukan di sini.


Rumah Kampung
  Aktiviti berikut mengajar kami tentang ciri-ciri rumah kampung tersebut
  Atapnya diperbuat daripada zinc kerana murah dan peredaran haba. Dapurnya terdapat di belakang rumahnya untuk mencegah kebakaran bila terjadi sebuah kecelakaan.  Selain itu,di belakang rumah juga terdapat pintu belakang dan katil untuk tuan rumah saat dia tidak ingin bertemu dengan tetamu.

    Jika tinggal di rumah kampung,bilik lelaki dan perempuan diasingkan. Perempuan ada almari dan katil lalu lelaki tidur di atas lantai. Bilik perempuan ada katil supaya mereka tidak mengalami sakit pinggang yang akan menghambat kerja rumah dan mereka mempunyai almari sebab mereka ada banyak pakaian.


Kuih dadar yang sempurna.
   Aktiviti kedua dibimbing oleh Cik Su dan Kak Ros. Mereka membimbing kami dalam program merasa makanan dan  bagaimana hendak masak kuih dadar. Kami juga belajar  tentang buah-buahan dan daun-daunnya. Ada tiga buah-buahan yang ditanam di kawasan rumah seperti durian,pisang dan kelapa. Ada juga binatang-binatang yang suka merosakkan tanaman-tanaman  seperti babi hutan dan burung gagak. Kami juga mempelajari tiga kegunaan buah kelapa iaitu, santan, air kelapa dan minyak kelapa dan dua cara mengambil buahnya iaitu pertama dengan galah dan yang kedua adalah dengan memanjat.

  Kami berasa amat bahagia sebab kami mendapat kesempatan untuk memasak kuih dadar. Kami tidak akan lupa keseronokan dan keenakkan makanan yang dimasak sendiri.



  
       Aktiviti ketiga ialah lukisan batik. Dalam aktiviti ini Cikgu Juraimi mengajar kami bagaimana untuk membuat batik. Kami menggunakkan canteng dan cairan lilin untuk mengikut garisan yang sudah diberi. Selepas itu,kami menggunakan cat untuk memberi warna kepada lukisan kami.

 Meski kedengarannya gampang,prosesnya jauh lebih sulit dari yang dipikirkan. Namun kami berasa puas dengan hasil kerja keras kami.

 Usaha Pemerintah Mengekalkan Pulau Ubin
  
Pada akhir abab ke-20,pemerintah melaksanakan usaha pembangunan semula di Pulau Ubin. Tetapi ada bantahan pihan awam dan kumpulan pencinta alam. Biodiversiti Chek Jawa ditemui apabila pemindahan penduduk mencapai fasa terakhir. Penemuan kehidupan kelautan yang kaya di sepanjang pantai Chek Jawa menarik perhatian pihak media dan pencinta alam.

   
     Pada awak tahun 2002,pemerintah mengalah dengan rayuan dan diberi lanjutan 10 tahun untuk mengekalakan Pulau Ubin dalam keadaan sekarang,sehingga terdapat keperluan untuk pembangunan semula. Dalam beberapa tahun berikut, pemerintah mengambil faedah atas Chek Jawa dan memperbaiki kemudahan-kemudahan awam di Pulau Ubin dengan jalan raya berturap,tempat perlindungan, kiosk maklumat dan pusat pengunjung di Chek Jawa. Pemerintah juga memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi. Pemerintah juga membina menara pemerhatian. Di pantai Chek Jawa terdapat banyak tanaman seperti Nipa dan pokok bakau yang hidup subur di pantai tersebut



Legenda
   Legenda mengatakan bahwa Pulau Ubin terbentuk saat 3 binatang dari Singapura ( katak, babi dan gajah) menantang satu sama lain berlomba mencapai pesisir Johor. Binatang yang kalah akan berubah menjadi batu. Ketiganya menjumpai banyak kesulitan dan tak sanggup mencapai pesisir Johor. Oleh karena itu, secara bersama-sama gajah dan babi berubah menjadi Pulau Ubin sedangkan katak menjadi Pulau Katak.





  Keunikan
   Meski pulau ini menarik perhatian untuk pembangunan dan hanya dalam tahun-tahun terkini, para pengunjung Singapura telah datang ke Pulau Ubin untuk perkemahan musim panas untuk anak-anak dan kegiatan di luar rumah selama beberapa tahun.
    Dengan perkembangan perhatian dalam perkembangan alam, macam baru pengunjung kini sedang bertambah dalam arus pengunjung.
 Salah satu daya tarik wisata terkenal saat ini di pulau ini ialah Tanjung Chek Jawa. Sebelumnya batng koral 5.000 tahun lalu, dapat dikatakan sebenarnya murni, dengan sejumlah margasatwa laut yang sebanding dengan pulau lainnya, seperti kelinci laut, gurita, bintang laut, ikan, bunga karang, sotong, dsb. Para wisatawan juga dapat menyewa basikal untuk menjelajah Pulau Ubin sambil menikmati udara segar dan kehidupan-kehidupan liar.
       Pengunjung dapat mengelilingi pulau ini dengan bumboat 10-15 menit yang berjalan dari dermaga Changi Village. Harganya ialah 2 dolar 50 sen Singapura per kepala.



 Renungan
Tanrio: Saya berasa program titian ini sangat baik sebab saya dapat berkunjung ke salah satu kampung yang masih ada di Singapura. Selain daripada itu, saya dapat mempelajarai budaya-budaya tradisional Singapura dan mengenal lebih banyak mengenai cara-cara orang Melayu di Singapura menjalani kehidupan mereka.

A.Nazhief: Saya berasa program ini amat berfaedah. Walaupun ia cuma ada tiga aktiviti,ia masih amat meriah dan ghairah. Aktiviti yang saya paling suka ialah aktiviti merasa makanan dan membuat kuih dadar. Saya tidak suka memasak tetapi saya mencuba dan amat senang juga untuk memasaknya. Selain dari itu saya pun mempelajari tentang budayanya dan sejarahnya.

Syafiq Faruq: Saya berasa program ini sangat  menarik. Saya berasa amat ghairah dan meriah dengan program ini. Saya telah belajar banyak perkara dalam Pulau Ubin itu terutama rumah kampungnya.

Syafiq Sa'at: Saya rasa program titian di Pulau Ubin sangat berfaedah kerana dapat mempelajari perkara yang baru. Saya juga dapat mempelajari bagaimana orang Melayu pada zaman dahulu menjalani kehidupan mereka,




                                                         Penutup
  Setelah melakukan aktiviti-aktiviti titian,Encik Kanmal mempersembahkan hadiah-hadiah untuk pelajar yang memasak kuih dadar dan lukisan batik yang terbaik. Jumlah, Haikal dari kelas 308 mengucap terima kasih kepada Encik Kanmal dan tuan rumah.

    Kami mempelajari bahwa kemajuan teknologi ialah sesuatu yang bagus tetapi kami tidak boleh melupakan nilai-nilai budaya dan sejarah nenek moyang kita.

   Kami berasa senang kerana kami mendapatkan kesempatan melawat Pulau Ubin sebagai program titian kami sebab kami mendapat banyak pengalaman baru.


















No comments:

Post a Comment