zwani.com myspace graphic comments

10/11/2011

Karanagan Naratif

Karangan Naratif
Nama: Muhammad Syafiq B Sa’at (34)
Kelas: 305
Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini, telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Kalau bukan kerana jasa doktor kampung saya, Mohsin, ramai kanak-kanak kampung mungkin tidak berada di mana mereka berada sekarang. Dia telah mengorbankan masanya dan wangnya untuk ramai kanak-kanak kampung dalam segi pelajaran supaya mereka dapat masa depan yang cerah.
            Mohsin adalah seorang anak tunggal, bapanya pula meninggal dunia semasa dia dalam kandungan. Membesar tanpa bapanya susah bagi Mohsin, tetapi ini tidak menghentikan minatnya untuk belajar, sifat ingin tahu dan tidak pernah berhenti menanya soalan, itulah doktor Mohsin.
                        Setiap hari perjalanan ke sekolah mengambil masa yang panjang kerana jarak sekolahnya lima batu dari kampungnya, di kampungnya tidak mempunyai sekolah. Juga kos untuk membiayai pelajarannya bukan murah. Mohsin terkenal di kampungnya sebagai seorang yang bijak, tidak sekali pun dia gagal dalam mata pelajarannya dan selalu mencapai tempat pertama di sekolahnya.
            “Selamat jalan Mohsin, berhati-hati semasa berjalan ke sekolah”, kata ibunya dengan risau.
            “Ya, ibu. Mohsin akan berhati-hati dalam perjalanan Mohsin ke sekolah”, menjawab Mohsin dengan lembut.           
Mohsin pun memulakan perjalananya ke sekolah.
Mohsin dan ibunya bekerja keras untuk menambung kehidupan mereka. Mohsin bekerja dengan ramai orang kampung, seperti menolong menjual benda-benda di gerai mereka, membersihkan masjid di kampung dan sebagainya. Oleh itu ramai penduduk kampung suka akan Mohsin.
Selepas tamat sekolah menengah, Mohsin ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti tetapi kekurangan duit. Kerana ramai penduduk kampung berharap dia ke menara gading dan kembali dengan sijil. Dia seolah-olah harapan kampung itu.
Apabila dia dapat tahu yang dia akan ke universiti dia terkejut dan bernangis dengan serta merta. Dia menucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampungnya. Mohsin berjanji bahawa dia tidak akan hampakan mereka semua.Semasa dia berangkat untuk perjalanannya ke kota ramai yang datang untuk mengucapkan tahniah kepada Mohsin.
Selepas menamat pelajarannya dia universiti dia mencapai tahap tetinggi iaitu ‘dotorate atau PhD’.
Mohsin dengan segera menelefon ibunya tentang kejayaannya.
“Ibu, Mohsin ada berita baik, Mohsin sudah tamat pelajaran Mohsin di universiti dan sekarang akan pulang ke kampung”, Mohsin berkata dengan gembira.
“Baguslah, sekarang Mohsin akan pulang ke rumah?”, tanya ibunya.
“Ya, ibu sekarang Mohsin akan pulang ke kampung”, menjawab Mohsin.
Setelah itu dia pulang ke kampungnya dan membuka sebuah klinik dan sekolah. Untuk Mohsin itu adalah sebuah kejayaan bagi dia sendiri,  dia dapat memajukan kampungnya walaupun bukan seluruh negara yang dia boleh berubah. Pada setiap malam Jumaat dia akan mengajar kanak-kanak kampungnya dalam pelajaran mereka. Dengan cara itu ramai dari kampung ini dapat melanjutkan pelajaran mereka. Pernah sekali doctor Mohsin mencerita matlamatnya kepada saya dia berkata bahawa dia mahu memajukan kampung dan negaranya. Dia akhirnya mencapai matlamatnya.

No comments:

Post a Comment