zwani.com myspace graphic comments

10/11/2011

Karangan Ekspositori

Nama: Syafiq Faruq
Kelas: 307

Karangan Ekspositori

Tajuk: Kita harus mengakalkan keadaan asal pulau Ubin sperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

Pulau Ubin adalah pulau yang amat unik. Ia terletak berdekatan dengan Singapura. Pulau Ubin memiliki banyak granite dan ia dikenal sebagai ‘Pulau Granite’. Legenda mengatakan bahwa Pulau Ubin terbentuk saat 3 binatang dari Singapura dan ia adalah katak, babi dan gajah menantang satu sama lain berlomba mencapai pesisir Johor. Oleh secara bersama-sama gajah dan babi berubah menjadi Pulau Ubin sedangkan katak menjadi Pulau Katak. Meski pulau ini menarik perhatian untuk pembangunan dan hanya dalam tahun-tahun terkini, para pengunjung Singapura telah datang ke Pulau Ubin untuk perkemahan musim panas untuk anak-anak dan kegiatan di luar rumah selama beberapa tahun.

Singapura adalah Negara yang amat terkenal dan ia adalah Negara yang amat maju. Singapura adalah Negara yang moden dan terdapat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya, Singapura tidak ada kampung dan  telah tukar Negara yang maju. Ini menyebabkan pelancong pergi ke Pulau Ubin. Pulau Ubin masih ada format perkampungan dan ia adalah tempat yang kurang maju. Ini menarik terutamanya pelancong dan orang-orang yang masih tinggal di daerah kampung. Bangunan pencakar langit tidak akan dijumpa di Pulau Ubin dan ini melegakan tekanan kami.

Kedua adalah, orang-orang boleh merehatkan minda fikiran. Kami boleh pergi berbasikal, terbang layang-layang, bersenam, berenang dan banyak lagi. Di Pulau Ubin ada banyak cara untuk merehatkan minda kami.  Pulau Ubin adalah sangat aman dan sunyi sepi. Kami tidak rasa tertekan dengan kerja-kerja seperti di Singapura yang ada banyak kerja sekolah.    
Seterusnya, di Pulau Ubin terdapat banyak semula jadi dan sumber asli. Di sana juga terdapat banyak tumbuhan dan dan buah-buahan yang belum dibuang atau dipotong. Ia masih ada pokok-pokok yang tinggi. Sementara itu, Singapura tidak ada lagi bahan-bahan sumber asli dan tidak ada pokok-pokok yang tinggi lagi. Ini kerana Singapura ada banyak bangunan yang tinggi seperti HDB rumah pangsa dan condominium. Ini bererti yang Pulau Ubin masih traditional dan lama.

Akhirnya, kami boleh mempelajari budaya dan sejarah. Singapura sekatang adalah dalam generasi moden tetapi Pulau Ubin masih ada generasi lama. Generasi lama adalah sangat sopan santun dan tidak ada orang yang kurang ajar. Ini bagus kerana ada berkenaan dengan ibu bapa dan keluarga.

Dalam ringkasan, Pulau Ubin adalah pulau yang unik dan menarik. Meskipun, orang boleh pergi ke Pulau Ubin bila-bila kerana ia berdekatan dengan Singapura dan hanya menaiki bot.

~(367 perkataan)

Karangan Ekspositori

Nama:  Tanrio S.J
Kelas: Men 3E

KARANGAN EKSPOSITORI

Tajuk: Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

          Pulau Ubin adalah pulau yang memiliki banyak batuan granit sehingga Pulau Ubin dikenal dengan Pulau Granit. Menurut legenda, pulau ini sebenarnya merupakan bentukkan daripada gajah dan babi yang telah menjadi batu sementara Pulau Katak ialah bentukkan dari katak yang menjadi batu. Pulau Ubin adalah satu-satunya tempat melancong yang belum melalui pembangunan. Mengapakah Pulau Ubin dikekalkan oleh pemerintah dan tidak melalui pembangunan? Isu ini akan dibahas lebih lanjut.

Singapura dikenal sebagai negara yang maju namun Pulau Ubin yang termasuk dalam Singapura belum melalui pembangunan. Ini agar orang-orang yang tertarik dengan suasana kampung yang menenangkan dan bagaimana alam semula jadi dapat menghilangkan tekanan boleh berkunjung ke Pulau Ubin untuk melakukan riadah. Contohnya pelancong lokal dan internasional boleh berbasikal,menjelajah, dan berkemah di Pulau Ubin.

            Sebab kedua adalah Pulau Ubin boleh memberikan pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat ditemukan di daerah-daerah Singapura yang telah melalui pembangunan seperti cara-cara menghadapi kehidupan liar tanpa teknologi canggih, tata susila dan budaya Melayu asli yang belum dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan memperluas pengetahuan umum mengenai tanaman-tanaman. Contohnya di Pulau Ubin pelancong dapat menemukan berbagai jenis limau,faedah, dan cirri-ciri mereka.

     Sebab ketiga ialah Pulau Ubin merupakan satu-satunya tempat untuk mempelajari budaya-budaya dan sejarah Melayu di Singapura secara langsung. Tanpa Pulau Ubin, generasi berikut hanya dapat mempelajari budaya-budaya Melayu dari buku-buku sahaja. Hal ini sangat penting sebab nilai-nilai moral yang terkandung dalam  budaya merupakan sesuatu yang mempersiapkan generasi berikut dalam era globalisasi dan pembangunan sehingga pemerintah perlu mengekalkan Pulau Ubin.

            Selain daripada nilai budaya dan sejarah, Pulau Ubin juga mendatangkan visa kerana banyak pelancong internasional yang tertarik dengan pulau tersebut. Namun ini tidak terbatas kepada pelancong internasional sahaja melainkan juga pelancong lokal. Ini disebabkan oleh suasana alam semula jadi yang unik. Dengan adanya Pulau Ubin tempat rekreasi, penghasilan pemerintah bertambah sehingga pemerintah ingin mengekalkan Pulau Ubin.

      Dengan demikian, alasan mengapa Pulau Ubin tidak melalui pembangunan melainkan dikekalkan oleh pemerintah ialah Pulau Ubin merupakan tempat rekreasi,destinasi pelancongan, tempat untuk mempelajari budaya dan sejarah dan juga tempat untuk mendapatkan pengalaman kehidupan liar. Selain itu,Pulau Ubin juga ialah satu-satunya kampung yang tersisa di Singapura. Jadi kita ingin mengekalkan Pulau Ubin sebagaimana keadaannya sekarang.

Karangan Naratif

Karangan Naratif

Nama:Ahmad Nazhief Bin Adnan
Kleas:307

Seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampungdan kini,telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.
           
            Ikmal baharu sahaja mencapai umur ke-16 nya. Seluruh kampung kecilnya itu menyambut hari jadinya. Ikmal amat bersyukur kerana dia masih mempunyai ibunya . Hari keesokan pula.
            “Ikmal ,oh Ikmal.Kamu di mana?”kata emaknya.
            “Saya sedang bermain di hadapan rumah,Ibu!”pekik Ikmal dengan kuat dan bahagia.
            “Mari tolong ibu angkat sayur-sayuran dari kebun.”kata  ibunya.
            Dengan cepat,Ikmal menolong ibunya. Ikmal anak tunggal.Walaupun dia anak tunggal yang tinggal dengan ibunya,dia masih bahagia,Cik Bayuk.
            Suami Cik Bayuk telah meninggalkan mereka apabila Cik Bayuk sedang melahirkan anaknya. Mereka tinggal di sebuah rumah kecil,Yang ditinggalkan oleh suami jandanya. Kampung kecil mereka terdapat di Timur Kuala Lumpur. Kampung mereka tinggal beberapa penduduk sahaja,yang lain sudah pindah ke Bandar supaya kehidupan mereka lebih mudah. Cik Bayuk tidak kisah,dia masih ada kebunnya untuk menyara keluarganya. Cik Bayuk terenjat apabila anaknya mula bernyanyi setiap hari apabila umurnya ke-16.
            Semenjak hari itu,Ikmal mula bernyanyi setiap hari. Persekitaran kampung menjadi ilham kepadanya untuk membuat musiknya sendiri. Dia akan menggunakan apa-apa sahaja untuk membuat lagu.
            Penduduk kampungnya sedar bakatnya dalam bidang musik. Pada hari jadinya,mereka belikan sebuah gitar untuk dia berlatih dan mencipta lagu baik. Penduduk kampung bercadang untuk hantar Ikmal ke Bandar dan  membuat  musik rekodnya. Jika musiknya hebat,dia boleh menolong kampung kecilnya itu.
            “Ikmal janji Ikmal akan tolong kampung ini apabila Ikmal berjaya.”katanya dengan penuh semangat kepada penduduk kampung.
            Kesemua penduduk kampung menyokong cita-cita Ikmal.Mereka mula bekerja keras untuk mengumpul duit dan hantar Ikmal ke Bnadar. Minggu kemudian,Ikmal berasa konfiden yang lagunya akan sukses.  
            Beberapa bulan kemudian,Ikmal membuat penampilan sulungnya alam musik. Musik Ikmal amat baik sehingga pembaca berita dari Amerika hendak wawancara dengannya.
            Pada masa itu,Ikmal sudah terlupa janjinya ke penduduk kampungnya. Kejayaannya menguasai dirinya. Setiap kali dia membuat musik baru,dia beraasa kesepian dan rasa dia kehilangan seseorang penting,Ibunya

Karanagan Naratif

Karangan Naratif
Nama: Muhammad Syafiq B Sa’at (34)
Kelas: 305
Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini, telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Kalau bukan kerana jasa doktor kampung saya, Mohsin, ramai kanak-kanak kampung mungkin tidak berada di mana mereka berada sekarang. Dia telah mengorbankan masanya dan wangnya untuk ramai kanak-kanak kampung dalam segi pelajaran supaya mereka dapat masa depan yang cerah.
            Mohsin adalah seorang anak tunggal, bapanya pula meninggal dunia semasa dia dalam kandungan. Membesar tanpa bapanya susah bagi Mohsin, tetapi ini tidak menghentikan minatnya untuk belajar, sifat ingin tahu dan tidak pernah berhenti menanya soalan, itulah doktor Mohsin.
                        Setiap hari perjalanan ke sekolah mengambil masa yang panjang kerana jarak sekolahnya lima batu dari kampungnya, di kampungnya tidak mempunyai sekolah. Juga kos untuk membiayai pelajarannya bukan murah. Mohsin terkenal di kampungnya sebagai seorang yang bijak, tidak sekali pun dia gagal dalam mata pelajarannya dan selalu mencapai tempat pertama di sekolahnya.
            “Selamat jalan Mohsin, berhati-hati semasa berjalan ke sekolah”, kata ibunya dengan risau.
            “Ya, ibu. Mohsin akan berhati-hati dalam perjalanan Mohsin ke sekolah”, menjawab Mohsin dengan lembut.           
Mohsin pun memulakan perjalananya ke sekolah.
Mohsin dan ibunya bekerja keras untuk menambung kehidupan mereka. Mohsin bekerja dengan ramai orang kampung, seperti menolong menjual benda-benda di gerai mereka, membersihkan masjid di kampung dan sebagainya. Oleh itu ramai penduduk kampung suka akan Mohsin.
Selepas tamat sekolah menengah, Mohsin ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti tetapi kekurangan duit. Kerana ramai penduduk kampung berharap dia ke menara gading dan kembali dengan sijil. Dia seolah-olah harapan kampung itu.
Apabila dia dapat tahu yang dia akan ke universiti dia terkejut dan bernangis dengan serta merta. Dia menucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampungnya. Mohsin berjanji bahawa dia tidak akan hampakan mereka semua.Semasa dia berangkat untuk perjalanannya ke kota ramai yang datang untuk mengucapkan tahniah kepada Mohsin.
Selepas menamat pelajarannya dia universiti dia mencapai tahap tetinggi iaitu ‘dotorate atau PhD’.
Mohsin dengan segera menelefon ibunya tentang kejayaannya.
“Ibu, Mohsin ada berita baik, Mohsin sudah tamat pelajaran Mohsin di universiti dan sekarang akan pulang ke kampung”, Mohsin berkata dengan gembira.
“Baguslah, sekarang Mohsin akan pulang ke rumah?”, tanya ibunya.
“Ya, ibu sekarang Mohsin akan pulang ke kampung”, menjawab Mohsin.
Setelah itu dia pulang ke kampungnya dan membuka sebuah klinik dan sekolah. Untuk Mohsin itu adalah sebuah kejayaan bagi dia sendiri,  dia dapat memajukan kampungnya walaupun bukan seluruh negara yang dia boleh berubah. Pada setiap malam Jumaat dia akan mengajar kanak-kanak kampungnya dalam pelajaran mereka. Dengan cara itu ramai dari kampung ini dapat melanjutkan pelajaran mereka. Pernah sekali doctor Mohsin mencerita matlamatnya kepada saya dia berkata bahawa dia mahu memajukan kampung dan negaranya. Dia akhirnya mencapai matlamatnya.

08/11/2011

Pengenalan
  
  Salam sejahtera, kami akan mengkongsi pengalaman kami di Pulau Ubin. Kami telah melaksanakan program titian pada haribulan 8 November 2011. Pulau Ubin ialah sebuah pulau yang terletak di Timur Laut dari Singapura.
Kampung Riang Ria

  Sebelum menjejakkan kaki kami di Pulau Ubin,kami perlu menaiki bot(bumboat) di Changi Jetty. Permandangan saat kami menaiki bot sangat menyenangkan kerana ia merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat ditemui di Singapura.


  Apabila kami tiba di Kampung Riang Ria,semua orang mencari tempat duduk dan bercakap antara satu sama lain mengenai pulau tersebut dengan meriah. Encik Kamal bertaklimat mengenai apa yang akan kami lakukan di Pulau Ubin. Kami diterangkan bahawa kami akan melaksanakan tiga aktiviti dan semua aktiviti itu berkaitan dengan budaya Melayu. Selepas itu,kami dibahagikan ke kumpulan kami kerana jumlah kami terlalu banyak sehingga kami terpaksa melakukan tiga aktiviti itu secara bergilirian.

Aktiviti-Aktiviti
      Aktiviti pertama untuk kumpulan kami ialah untuk mempelajari permainan-permainan Melayu seperti congkak,gasing, dan  tarik guni.

 
Congkak :)
   Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Cara dan peraturan bermain dapat ditemui di sini




Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada pakunya. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan untuk meraikan musim menuai. Sebenarnya memainkan gasing tidaklah gampang,namun seorang anak ini membuktikan dengan video ini bahawa memainkan gasing ialah hal yang senang sahaja. Untuk informasi mengenai cara bermain gasing dapat ditemukan di sini.


Rumah Kampung
  Aktiviti berikut mengajar kami tentang ciri-ciri rumah kampung tersebut
  Atapnya diperbuat daripada zinc kerana murah dan peredaran haba. Dapurnya terdapat di belakang rumahnya untuk mencegah kebakaran bila terjadi sebuah kecelakaan.  Selain itu,di belakang rumah juga terdapat pintu belakang dan katil untuk tuan rumah saat dia tidak ingin bertemu dengan tetamu.

    Jika tinggal di rumah kampung,bilik lelaki dan perempuan diasingkan. Perempuan ada almari dan katil lalu lelaki tidur di atas lantai. Bilik perempuan ada katil supaya mereka tidak mengalami sakit pinggang yang akan menghambat kerja rumah dan mereka mempunyai almari sebab mereka ada banyak pakaian.


Kuih dadar yang sempurna.
   Aktiviti kedua dibimbing oleh Cik Su dan Kak Ros. Mereka membimbing kami dalam program merasa makanan dan  bagaimana hendak masak kuih dadar. Kami juga belajar  tentang buah-buahan dan daun-daunnya. Ada tiga buah-buahan yang ditanam di kawasan rumah seperti durian,pisang dan kelapa. Ada juga binatang-binatang yang suka merosakkan tanaman-tanaman  seperti babi hutan dan burung gagak. Kami juga mempelajari tiga kegunaan buah kelapa iaitu, santan, air kelapa dan minyak kelapa dan dua cara mengambil buahnya iaitu pertama dengan galah dan yang kedua adalah dengan memanjat.

  Kami berasa amat bahagia sebab kami mendapat kesempatan untuk memasak kuih dadar. Kami tidak akan lupa keseronokan dan keenakkan makanan yang dimasak sendiri.



  
       Aktiviti ketiga ialah lukisan batik. Dalam aktiviti ini Cikgu Juraimi mengajar kami bagaimana untuk membuat batik. Kami menggunakkan canteng dan cairan lilin untuk mengikut garisan yang sudah diberi. Selepas itu,kami menggunakan cat untuk memberi warna kepada lukisan kami.

 Meski kedengarannya gampang,prosesnya jauh lebih sulit dari yang dipikirkan. Namun kami berasa puas dengan hasil kerja keras kami.

 Usaha Pemerintah Mengekalkan Pulau Ubin
  
Pada akhir abab ke-20,pemerintah melaksanakan usaha pembangunan semula di Pulau Ubin. Tetapi ada bantahan pihan awam dan kumpulan pencinta alam. Biodiversiti Chek Jawa ditemui apabila pemindahan penduduk mencapai fasa terakhir. Penemuan kehidupan kelautan yang kaya di sepanjang pantai Chek Jawa menarik perhatian pihak media dan pencinta alam.

   
     Pada awak tahun 2002,pemerintah mengalah dengan rayuan dan diberi lanjutan 10 tahun untuk mengekalakan Pulau Ubin dalam keadaan sekarang,sehingga terdapat keperluan untuk pembangunan semula. Dalam beberapa tahun berikut, pemerintah mengambil faedah atas Chek Jawa dan memperbaiki kemudahan-kemudahan awam di Pulau Ubin dengan jalan raya berturap,tempat perlindungan, kiosk maklumat dan pusat pengunjung di Chek Jawa. Pemerintah juga memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi. Pemerintah juga membina menara pemerhatian. Di pantai Chek Jawa terdapat banyak tanaman seperti Nipa dan pokok bakau yang hidup subur di pantai tersebut



Legenda
   Legenda mengatakan bahwa Pulau Ubin terbentuk saat 3 binatang dari Singapura ( katak, babi dan gajah) menantang satu sama lain berlomba mencapai pesisir Johor. Binatang yang kalah akan berubah menjadi batu. Ketiganya menjumpai banyak kesulitan dan tak sanggup mencapai pesisir Johor. Oleh karena itu, secara bersama-sama gajah dan babi berubah menjadi Pulau Ubin sedangkan katak menjadi Pulau Katak.





  Keunikan
   Meski pulau ini menarik perhatian untuk pembangunan dan hanya dalam tahun-tahun terkini, para pengunjung Singapura telah datang ke Pulau Ubin untuk perkemahan musim panas untuk anak-anak dan kegiatan di luar rumah selama beberapa tahun.
    Dengan perkembangan perhatian dalam perkembangan alam, macam baru pengunjung kini sedang bertambah dalam arus pengunjung.
 Salah satu daya tarik wisata terkenal saat ini di pulau ini ialah Tanjung Chek Jawa. Sebelumnya batng koral 5.000 tahun lalu, dapat dikatakan sebenarnya murni, dengan sejumlah margasatwa laut yang sebanding dengan pulau lainnya, seperti kelinci laut, gurita, bintang laut, ikan, bunga karang, sotong, dsb. Para wisatawan juga dapat menyewa basikal untuk menjelajah Pulau Ubin sambil menikmati udara segar dan kehidupan-kehidupan liar.
       Pengunjung dapat mengelilingi pulau ini dengan bumboat 10-15 menit yang berjalan dari dermaga Changi Village. Harganya ialah 2 dolar 50 sen Singapura per kepala.



 Renungan
Tanrio: Saya berasa program titian ini sangat baik sebab saya dapat berkunjung ke salah satu kampung yang masih ada di Singapura. Selain daripada itu, saya dapat mempelajarai budaya-budaya tradisional Singapura dan mengenal lebih banyak mengenai cara-cara orang Melayu di Singapura menjalani kehidupan mereka.

A.Nazhief: Saya berasa program ini amat berfaedah. Walaupun ia cuma ada tiga aktiviti,ia masih amat meriah dan ghairah. Aktiviti yang saya paling suka ialah aktiviti merasa makanan dan membuat kuih dadar. Saya tidak suka memasak tetapi saya mencuba dan amat senang juga untuk memasaknya. Selain dari itu saya pun mempelajari tentang budayanya dan sejarahnya.

Syafiq Faruq: Saya berasa program ini sangat  menarik. Saya berasa amat ghairah dan meriah dengan program ini. Saya telah belajar banyak perkara dalam Pulau Ubin itu terutama rumah kampungnya.

Syafiq Sa'at: Saya rasa program titian di Pulau Ubin sangat berfaedah kerana dapat mempelajari perkara yang baru. Saya juga dapat mempelajari bagaimana orang Melayu pada zaman dahulu menjalani kehidupan mereka,




                                                         Penutup
  Setelah melakukan aktiviti-aktiviti titian,Encik Kanmal mempersembahkan hadiah-hadiah untuk pelajar yang memasak kuih dadar dan lukisan batik yang terbaik. Jumlah, Haikal dari kelas 308 mengucap terima kasih kepada Encik Kanmal dan tuan rumah.

    Kami mempelajari bahwa kemajuan teknologi ialah sesuatu yang bagus tetapi kami tidak boleh melupakan nilai-nilai budaya dan sejarah nenek moyang kita.

   Kami berasa senang kerana kami mendapatkan kesempatan melawat Pulau Ubin sebagai program titian kami sebab kami mendapat banyak pengalaman baru.